"Dunia ukhwah tidak kenal erti sempadan,dan manisnya ukhwah
itu pada ingatan ".Berpaksi pada kata pujangga ini dapatlah kita simpulkan
bahawa betapa pentingnya ukhwah dalam meneruskan kehidupan ini.Sudah menjadi
satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai
melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar.Begitu juga dengan sesuatu
tujuan yang besar terpaksa melalui dan mengharungi ranjau,kesulitan
-kesulitan yang mencabar,dugaan-dugaan yang besar ,ujian yang pahit,penderitaan
dan kesedihan ,kesukaran-kesukaran dan aneka kesusahan disamping saat2
merasai kemanisan dan harapan.Semua itu akan berjaya dengan kekuatan UKHWAH
yang terbinadengan kukuh.Ukhwah yang terbentuk biarlah biarlah berlandaskan
syariat .
Sesungguhnya
Islam tertegak dengan wujudnya ukhwah Islamiah diantara ummat Islam.
Dengan
ini,kami sebagai Ex-Mahadian Maktab Mahmud Pokok Sena tergerak
hati untuk mewujudkan Persatuan Alumni Maktab Mahmud Pokok Sena,adalah
untuk mengikat tali ukhwah diantara kami dengan Warga Maktab Mahmud Pokok
Sena.Diharap,segala usaha hasil kami ini bakal membentuk ukhwah yang mantap
dalam agenda melahirkan generasi yang hebat...Wallahualam...
No comments:
Post a Comment