Friday, 18 January 2013

Salam Mahabbah Dari ALUMNI MMPS.






"Dunia ukhwah tidak kenal erti sempadan,dan manisnya ukhwah itu pada ingatan ".Berpaksi pada kata pujangga ini dapatlah kita simpulkan bahawa betapa pentingnya ukhwah dalam meneruskan kehidupan ini.Sudah menjadi satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar.Begitu juga dengan sesuatu tujuan yang besar  terpaksa melalui  dan mengharungi ranjau,kesulitan -kesulitan yang mencabar,dugaan-dugaan yang besar ,ujian yang pahit,penderitaan dan kesedihan ,kesukaran-kesukaran  dan aneka kesusahan disamping saat2 merasai kemanisan dan harapan.Semua itu akan berjaya dengan kekuatan UKHWAH yang terbinadengan kukuh.Ukhwah yang terbentuk biarlah biarlah berlandaskan syariat .



Sesungguhnya Islam tertegak dengan wujudnya ukhwah Islamiah diantara ummat Islam.
Dengan ini,kami sebagai Ex-Mahadian Maktab Mahmud Pokok Sena tergerak hati untuk mewujudkan Persatuan Alumni Maktab Mahmud Pokok Sena,adalah untuk mengikat tali ukhwah diantara kami dengan Warga Maktab Mahmud Pokok Sena.Diharap,segala usaha hasil kami ini bakal membentuk ukhwah yang mantap dalam agenda melahirkan generasi yang hebat...Wallahualam...

Thursday, 17 January 2013

Dasar Persatuan Alumni Maktab Mahmud Pokok Sena.





  • Sekolah Menengah Agama Rauzatul Ulum ditibuhkan pada tahun 1946 oleh Tuan Guru Dato’ Hj Hussain B. hj Salleh dan rakan rakan seperjungan setempat.

  • Tanggal 1 Mac 2004, Sekolah Menengah Rauzatul Ulum telah diambil alih oleh kerajaan Negeri bagi daerah Pokok Sena dan di takbir oleh Lembaga Maktab Mahmud.

  • Pada tanggal ini juga sekolah ini dinamakan MAKTAB MAHMUD POKOK SENA.Kini terdapat pelbagai perubahan seperti Makmal computer,Makmal Sains,bilik Mesyuarat yg Baru,surau yg telah diperbaiki,asrama pelajar lelaki,padang futsal dan lain-lain.

  • Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu sekolah ialah pertambahan bilangan pelajar yang mampu dikeluarkan oleh sesuatu sekolah berkenaan.
  • Dari tahun ke Tahun jumlah pelajar yang berjaya dikeluarkan oleh MMPS semakin bertambah.Atas dasar  itulah cadangan penubuhan Persatuan Alumni MMPS antara lain adalah bertujuan mengumpulkan kembali pelajarMMPS sebanyak mungkin untuk menjadi ahli dalam persatuan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...