Monday, 24 June 2013

Jaulah Mutarabbi ila Murabbi 2.0 :)



# Info Alumni #

Jaulah Kerumah Guru 2.0 kini kembali !!

Tarikh : 5 Julai 2013 ( Jumaat) 

Kepada bekas pelajar Maktab Mahmud Pokok Sena yang berminat boleh sertakan maklumat berikut sebelum 28hb Jun 2013 :-
  • Nama:
  • No Fon:
  • Berkenderaan/ Tidak Berkenderaan:
Sbarang pertanyaan hubungi PIC berikut:
-Ikram Zakaria : 013-4927208
-Nurul Salwani : 019-4260072

Tentatif akan menyusul selepas tarikh tutup penyertaan. Jazakumullahu khairal jaza' :)

SEBARKAN........


Friday, 18 January 2013

Salam Mahabbah Dari ALUMNI MMPS.






"Dunia ukhwah tidak kenal erti sempadan,dan manisnya ukhwah itu pada ingatan ".Berpaksi pada kata pujangga ini dapatlah kita simpulkan bahawa betapa pentingnya ukhwah dalam meneruskan kehidupan ini.Sudah menjadi satu yang lumrah bahawa setiap sesuatu yang besar lagi berharga sukar dicapai melainkan dengan bayaran dan pengorbanan yang besar.Begitu juga dengan sesuatu tujuan yang besar  terpaksa melalui  dan mengharungi ranjau,kesulitan -kesulitan yang mencabar,dugaan-dugaan yang besar ,ujian yang pahit,penderitaan dan kesedihan ,kesukaran-kesukaran  dan aneka kesusahan disamping saat2 merasai kemanisan dan harapan.Semua itu akan berjaya dengan kekuatan UKHWAH yang terbinadengan kukuh.Ukhwah yang terbentuk biarlah biarlah berlandaskan syariat .



Sesungguhnya Islam tertegak dengan wujudnya ukhwah Islamiah diantara ummat Islam.
Dengan ini,kami sebagai Ex-Mahadian Maktab Mahmud Pokok Sena tergerak hati untuk mewujudkan Persatuan Alumni Maktab Mahmud Pokok Sena,adalah untuk mengikat tali ukhwah diantara kami dengan Warga Maktab Mahmud Pokok Sena.Diharap,segala usaha hasil kami ini bakal membentuk ukhwah yang mantap dalam agenda melahirkan generasi yang hebat...Wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...